Jul 20, 2010

UJiaN HiduP...

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا

أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ

فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

“Sesungguhnya besarnya balasan tergantung dari besarnya ujian, dan apabila Allah cinta kepada suatu kaum Dia akan menguji mereka, barangsiapa yang redha, maka baginya keredhaan Allah; namun barangsiapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.

Dalam menghadapi kehidupan di dunia ini, manusia seringkali diuji dengan plbgai ujian dan cubaan. Kita sering berhadapan dengan perasaan suka dan duka silih berganti. Allah menguji setiap hambaNya untuk melihat sejauh mana seseorang manusia itu beriman dan taat kepadaNya. Oleh itu, sentiasalah bersikap positif terhadap segala yang diberi oleh Allah. Seorang mukmin sejati tidak akan goyah imannya walaupun diuji dengan datangnya hujan badai kerana sesungguhnya, seorang mukmin sejati berkeyakinan bahawa selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan. Jadi, janganlah kita lari dari ujian hidup yg sementara ini!

No comments:

Post a Comment