Oct 1, 2011

Happy Birthday ABAH...~_^

Bismillah...


Assalamualaikum w.b.t.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” 
(Surah al-Israk ayat 23-24). 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Agung atas nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan olehNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk berada di muka bumi ini untuk berbakti dan menjadi khalifah yang mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya nikmat yang diberi oleh Allah tiada tolok bandingnya dan sama-samalah kita bermuhasabah sejauh manakan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba di atas dunia ini. Renungan untuk kita bersama..(~_^)

1 oktober 2011??
Alamak, macam mane la boleh lupa tarikh yang penting nie? Baru teringat bila dapat kol dari someone special a.k.a ABAH@PAPA..perbualan antara kami agak panjang kerana dah lama x cakap sebab abah selalu sibuk time anaknye yang sorang ni kol ataupun waktu tu baginda sedang berada di masjid. Tadi, tengah syok buat keje kat depan laptop tetibe telefon  membunyikan nada dering korea. Eh, sape plak kol nie? Skrin handset diintai..Nama tertera, Papa..dan dengan excitednya aku angkat sebab dah lama xdengar suara ayahanda tercinta. Assalamualaikum, salam diberi..Waalaikumussalam...Abah kat mane nie?sihat? soalan dituju olehku..maka bermulalah sesi perbualan  dengan panjangnya sehingga kata2 abah yang buatkan ak rasa *debush* kat muka. Soalannya berbunyi, "x ingat ke ari ni ari ape? xckpape2 pon lagi?"..dan aku berfikir sejenak..kemudian...Ya allah!!Bithday Abah macam mane blh lupe pulak..ish2....Abah sori lupe, Birthday Abah,,HAPPY BIRTHDAY BAH!!!ak menjerit dengan semangatnya walhal dalam hati Allah saje yang tahu..Menyesal gila!!Macam mane la boleh lupe birthday abah ..sebenarnya nini bukan lupe birthday abah tapi lupa tarikh arini 1 oktober..sori bah =(



tapi walaubagaimanapun, anakmu ini akan menebus kesalahannya dengan memberi hadiah yang terbaik untuk abah!!walaupun  dah macam kene gune duit abah jea..haha..tapi xpe asalkan niat ikhlas..cehh..ayat klise je bnyi..HAHA

Akhir kata dari anak solehahmu ini untuk abah tercinta "semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu dan cepat2 dapat menantu??"aik??(*_*)..haha..BYE ABAH...I LOVE U..MUAH1000X...


SAYANG ABAH..=)

Aug 13, 2011

Erti Hidup Pada Memberi..(^_~)

Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera dan salam ramadhan kareem untuk semua. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita untuk menemui ramdhan pada kali ini. Syukurilah nikmat yang diberi olehNya ini kerana tiada siapa tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang penuh kepuraan ini. Allah itu Maha Kuasa dan maha bijaksana. Segala pujian hanyalah bagiNya tuhan sekalian alam. 


Hidup ini penuh dengan pilihan dan persimpangan. Namun Allah juga telah mengurniakan aqal fikiran yang hanya diberi kepada manusia untuk berfikir dengan waras dan baik. Pertimbangan yang terbaik yang diredhaiNya bukan berdasarkan nafsu semata-mata. Namun manusia selalunya alpa termasuk aku yang sering melakukan sesuatu atas dari emosi semata-mata tanpa memikirkan apakah yang aku lakukan itu bakal mencetuskan kontroversi pada masa hadapan. Refleksi diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Itu bukanlah suatu perkara yang biasa kita lakukan. Betul? Oleh itu mulai hari ini marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Seperti kata pepatah, Erti hidup pada memberi...Berilah maaf kepada orang yang pernah melakukan kesalahan kepada kita. Namun janganlah kita memberi kelukaan, kekecewaan atau fitnah untuk mengertikan hidup seseorang kerana ia akan membunuh erti  kehidupan itu sendiri. Juga aku ingin memohon maaf andai ada yang terasa atau tersinggung denganku selama ini. Sesungguhnya tidak terlintas langsung untuk dalam benakku untuk melukakan kalian semua. 

"The cover of the book didn't tell the whole story. So let's read the book if u want to know what's inside"

Wassalam..

p/s:
1.  langit x selalu cerah kan? 
2. sdh memasuki fasa ke-2 dlm bln ramadhan. semoga kita semua dpt ambil manfaat darinya.(~_^)


May 7, 2011

TANPA TAJUK...Mungkin??

Assalamualaikum w.b.t..

Salam mesra dan salam rindu dari kejauhan. Kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq, "Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu." Sekadar untuk renungan bersama. =_=

Erm....
Hari ni 7 Mei 2011 bersamaan dengan hari yang agak membosankan bagi saya dan romate2 dari teratak D328. Mungkin sebab UAK dah habis jadi lepaklah sekejap sebelum study semula untuk exam yang just around the corner. Jadi untuk menghilangkan bosan pada hari ni, kami2 telah bercadang untuk menghupdate blog masing2 sambil mengskodeng blog2 mereka yang agak menarik untuk dilihat dan dapat menambah ilmu yang ada di dada.haha.. Mungkin blog anda juga termasuk dalam senarai pada hari nie??erm...mungkin..

Sejujurnya hari ni nak update blog nak cite pasal BIG dan juga UAK yang baru jea lepas. BIG ataupun Bina Insan Guru merupakan satu program yang wjib diikuti oleh bakal2 guru seluruh di IPG. BIG untuk fasa 1 sesi 4 iaitu sesi yang terakhir telah dibuat di Pantai Telok Kemang Port Dickson. Kelas yang terlibat iaitu kelas kami PA@PISMP 1.05 dan juga 1 lagi kelas TESL PISMP 1.09..

BIG yang menyeronokkan. Walaupun kulit muka terbakar lebih pergi sana tapi ia memang cukup berbaloi. Banyak aktiviti yang ada tapi yang paling best ialah acara mendaki gunung tanjung tuan, berkayak, memasak, dan malam persembahan..memang menarik!!kalau xcaye tengok gambar kat bawah ni ok!!


sebelum bertolak sempat lagi bergambar..hehe

Pantai Teluk Kemang bersama kasut2 baru..
THE RED WARRIORS


Menjamu selera sebelum kedatangan beruk2bermisai  itu..huhu


Pendayung terhebat!!


Bertuahnya mereka bersama Timbalan..


Indahnya kenangan berBIG...Semoga peroleh manfaat daripadanya...

Setelah berpenat lelah pulang dari BIG, maka saya pun dengan semangat yang kental balik gak rumah pada hari yang sama sejam selepas sampai ke maktab. Malang xberbau, tiket nak balik kuantan plak habis. Dah la penat bersesak dalam tren tetibe xde tiket..Sedih woo~~.pastu saya pun putuskan untuk balik kampung..Nasib baik kampung dekat..Bila dah balik kampung pastinya saya xbuku buku untuk study..haha..Oleh itu, saya pun bercadang bila balik maktab baru study..then, cadangan saya itu dipersetujui oleh hati dan perasaan saya yang malas+penat..(@_@)..

UAK a.k.a Ujian Akhir Khusus bagi subjek wajib sem 1 nie iaitu English Language Proficiency (ELP) dan juga TITAS. Jadual UAK ditunda sehari lambat jadi saya pun sangat gembira lah..hehe..dek kerana terlalu gembira sampai terlupa nak study awal2..padan muke aok kan!!jadi dengan terkontang kantingnya saya dan rakan2 study last minute, macam bese buat tu dan lihatlah hasilnya...

TERATAKKU...


(model ini berbayar)..dicurik dari blog rumate..cik sabila

fuhh~~..memang dahsyatlah kan!!jawab pekse pun dengan keadaan yang serabut..mungkin sebab ni jugaklah ia mengundang semula semut hadir ke teratak kami yang terchenta ini..haha..jadi pengajaran yang dapat diambil, janganlah jadi pemalas sangat anak dara wei!!rajin-rajinkanlah diri kita untuk study awal2 dan sentiasalah mengemas bilik anda..

SEKIAN..


p/s: 
Orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada pengalamannya,manakala orang yang cerdik belajar dari pengalamannya dan pengalaman orang lain. 



Apr 23, 2011

Tiada Duka Yang Abadi..




Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini....

BY OPICK..

Suke lagu ni..
Kata-kata yang memberi maksud yang mendalam..
Renungkan..(^_^)

Apr 12, 2011

DI MANA BUMI DIPIJAK...=.=

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Lama sudah blog ini dibiarkan kosong tanpa sebarang coretan atau luahan rasa dari si empunya blog..
haish.. Mungkin kesibukan itu boleh dijadikan alasan dan faktor utama untuk tidak menghupdate blog ini...Mungkinkah??
Kesibukan ini adalah suatu perkara yang tidak berpenghujung bagi mereka yang bergelar makhluk Allah di muka bumi ini..
Oleh itu, manfaatkanlah waktu lapang kamu sebelum waktu sibuk datang menerjah..*_~..

Sebenarnya banyak perkara atau story yang telah berlaku sepanjang tempoh blog ini bersawang-sawangan tapi tak perlulah nak cerita segalanya kan??...

OK..entri kali ni mungkin luahan perasaan merapu  jea..
Jadi sape-sape yang rase tak berminat annoying nak baca boleh hentikan pembacaan anda yea..=.=
Sesungguhnya tiada paksaan dalam meneruskan pembacaan entri ini...
OK, cukuplah2 karutan yang dilakukan...
Kembali kepada topik perbincangan yang masih belum bermula..

TAJUK: DI MANA BUMI DIPIJAK...=.=

Pastinya majoriti pembaca memahami maksud yang tersirat disebalik peribahasa ini dan sambungannya kan??
Kerana saya yakin anda adalah golongan cerdik pandai yang dikurniakan Allah pemikiran yang baik dan akal yang sihat, so takyah la saya nak hurai panjang lebar...~_~..

Maksud yang saya nak sampaikan sebenarnya hasil dari pengalaman hidup selama 20 tahun ini dan lebih tepat lagi pengalaman pada hari ini..Mendengar ucapan yang kurang sedap didengar oleh gegendang telinga dan boleh mengakibatkan hati  terbako macam usopp..Nasib baik, iman masih waras dan tidak berlaku pertumpahan darah lagi..haha..abaikan

Cerita atau kritikan yang digelar 'kutukan' di depan orang ramai dalam dewan yang sejuknya terasa sehingga mencengkam ke tulang tetapi berubah menjadi panas yang membakar..Patutkah dan Adilkah??Setiap manusia melakukan kesilapan tetapi jangan samakan kesilapan masa lampau yang pernah kita alami dan ditempiaskan kepada mereka yang dalam lingkungannya pada masa kini..Sesungguhnya aku bukanlah orang yang tidak boleh menerima kritikan tetapi biarlah ia dilakukan secara berhemah..Zaman berubah dan manusia juga berubah..Tingkah laku berubah dan perlu disesuaikan mengikut peredaran itu. Tidak perlulah menceritakan perkara buruk orang lain..Bukankah itu dikira mengumpat??Jangan dibiarkan dendam yang lama menjadi semakin parah dan akhirnya orang lain yang dipersalahkan..Sebab nila setitik rosak susu sebelanga, sebab segelintir pendidik, rosak nama GURU keseluruhannya...Jangan dibiarkan hidup hanyut dalam dunia dendam tanpa penghujungnya..Janganlah berbangga diri tak kena pada tempatnya...

Teguran umum untuk kita semua..Aku, DIA & Kamu..Siapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya,..Siapa yang makan pari dia yang rasa sedapnya..haha...(teringat ikan pari bakar yang diberi yana tadi,,keenakannya masih terasa..tQ yana!!) 

Akhir kalam, sedarlah diri dan hiasi peribadi..muhasabah itu penting untuk mereka yang ingin berjaya...janganlah terlalu berbangga diri kerana segala yang kita ada itu adalah kepunyaan ALLAH S.W.T.Ingatlah,,Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung!!..Walau ke mana kita merantau, ingatlah jalan untuk pulang...'Perkara yang baik, jika dilakukan dengan baik pasti akan mendapat hasil yang terbaik"..INSYAALLAH...

P/S:
1. Maaf andai ada tersalah bicara dan terasa hati dengan penulisan entri ini
2. Menulis dalam mood assignment yang tak siap...*_*

Jan 28, 2011

..SEMAKIN HAMPIR SAAT ITU..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t...

Coretan di pagi hari...
Waktu semakin menginjak pergi dan romate2ku pun sudah lena diulit mimpi namun mata tidak dapat dilelapkan..Mengapa??..Mungkin terkejut dengan suara merdu Maher Zain yang menyanyikan lagu Alhamdulillah tepat pukul 12 tengah malam tadi..Suara nyaring dan merdu yang datangnya dari telefon bimbitku yang mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR AINI"...

Ya!!Hari ini..Ulangtahun kelahiranku yang ke-20..
Selamat Ulangtahun kelahiran buat diriku..Terasa diri ini sudah memasuki alam baru iaitu alam 20-an..hoho..Sukar untuk mempercayai..Namun percayalah Aini!!..(^_^)..Terasa masa berlalu dengan sangat pantas seperti baru semalam pergi ke sekolah dengan dihantar oleh ayah apabila ketinggalan bas..Terasa seperti baru semalam mendaftar ke IPG ini untuk menjadi bakal daie..Terasa segala-galanya berlari berjalan dengan terlalu pantas!!!Sangat pantas seperti halilintar..cewahh..hehe..

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Asr yang berkisarkan mengenai masa. DEMI MASA..Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan orang2 yang beriman dan yang beramal soleh...

Cuba kita renungkan sejenak..
Mengapa MASA itu sangat penting?? Sape nak jawab angkat hidung..hehe..Saya tolong jawabkan yea..Sebab....sesuatu masa yang lepas itu tidak akan berulang dan tidak dapat diulang lagi pada masa akan datang. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya...bagus2..markah penuh untuk saye..hehe..

Rentetan dari itu banyak soalan yang muncul dibenak fikiran saya..Antaranya ialah...Jeng3..
Soalan pertama..Adakah sudah cukup amalanku untuk mengadapmu Ya Allah??Adakah jika engkau ambil semula nyawaku sekarang ini, segala amalanku akan diterima? Mungkinkah??Adakah aku sudah cukup bersedia untuk berhadapan denganmu Ya Allah...

Ya Allah..Aku hanya insan kerdil yang hanya mampu meminta kepadamu. Insan yang tidak punya apa-apa jika dibandingkan denganmu Tuhan Sekalian Alam. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh isinya. Tuhan yang maha Esa..Hanya engkau yang layak disembah..Tiada Tuhan Selain Allah..ALLAHU AKBAR!!

Oleh itu, usahlah terlalu gembira menyambut ulangtahun ini hingga engkau lupa akan siapa dirimu AINI!!Ingatlah bahawa sesungguhnya semakin lama engkau hidup di dunia ini, semakin hampir engkau dengan kematian..Ya KEMATIAN..Suatu kejadian yang pasti akan berlaku...

Oleh itu, semoga dengan bertambahnya usia akan bertambahlah amalanku kepadamu Ya Allah...Ampunkan segala dosa2ku yang lampau sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan..

P/s:
1. Angka 20 ini akan menjadikan diri lebih matang..InsyaAllah..
2. Sedang excited untuk balik kampung hari ni..
3.Selamat Tahun Baru Cina semua...=)

Jan 22, 2011

CERITERA SANG SEMUT

Bismillah...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w serta sahabat2 baginda. Alhamdulillah hari ini kita masih dipanjangkan umur untuk terus dipinjamkan nyawa untuk bernafas di muka bumi ciptaan Allah yang sungguh indah ini. 

Subhanallah..Maha suci Allah... 

Kebesaran Allah itu tiada tolok bandingannya dengan kita yang hanya hamba kepadaNya. Allah yang telah mencipta sekalian alam dan segala isinya hatta dari sebesar-besar kejadian sehinggalah sekecil-kecilnya. Teringat saya akan kisah sang semut dan rakan-rakannya di kediaman kami ini. 

Al kisahnya bermula apabila saya ditugaskan untuk menumpang di bilik rakan kerana bilik saya  yang sedang diubahsuai atau kate sedapnye didecorate oleh Eric Leong..(ayat xleh bla)..Jadi dipendekkan cerita  saya pun memindahkan barang2 saya ke bilik mereka dengan jayanya. Setelah tinggal bersama romate2 baru selama lebih kurang sebulan, berlakulah insiden yang agak pelik di bilik baru saya ini. 

SERANGAN SEMUT...
waa...semut telah menyerang bilik ini dan menakluk bilik ini dengan senangnya. Mereka telah membawa bala tentera mereka yang sangat ramai datang menyerang kami. Tetapi dengan penuh semangat kami telah melawan mereka dengan bantuan kapten ridsect dari negara jiran. Ramai askar mereka yang telah terkorban dan akhirnya pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Akhirnya kami berjaya menawan kembali bilik kami.(penggunaan kata nama bilik kami untuk menggambarkan hak milik bersama untuk seketika)..=)

Malang tidak berbau,..
Keesokan harinya, mereka masih lagi menyerang kami dengan bala tentera yang makin bertambah. T'detik dalam hati kecilku adakah mereka masih tidak serik2?..Ternyata mereka memang tidak serik dan datang untuk menuntut bala bela bagi pihak rakan2 mereka..Mungkin..Semangat yang ditunjukkan oleh tentera semut ini mengingatkan saya tentang kisah seorang pejuang islam Tariq bin Ziad yang sangat nekad untuk menang. Kisah yang sangat menarik untuk dibaca dan bagi yang belum baca silalah baca jika ada kesempatan dan kelapangan. Kembali kepada cerita asal, semut2 itu datang menyerang dengan lebih ganas dan ia sangat menjengkelkan kami romate2 sekalian. Kami terpakasa berjuang bermati-matian bagi menghapuskan bala tentera semut yang masih membelenggu kami sehingga kini. 

Akhirnya, kami pasrah.. 

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah telah menghantar sang semut untuk memberi peringatan kepada saya terutamanya. Hikmah yang telah saya dapat dari sang semut adalah semangat setiakawan dan tolong menolong yang sangat kuat dalam diri mereka. Walaupun telah tercedera diserang oleh kami, mereka masih lagi membantu menyelamatkan kawan2 mereka dari terus dibunuh. Itulah semangat yang harus ada dalam diri setiap insan yang bergelar manusia seharusnya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Islam telah mengajar umatnya supaya sentiasa berkasih-kasihan dan tolong menolong antara satu sama lain. Pengajaran yang berharga untuk saya renungi dan hayati..

Kesimpulannya, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Sedangkan semut yang kecil dan tidak berdaya itu pun tahu menghargai dan menyayangi sesama sendiri apatah lagi kita manusia yang dikurniakan akal ini. Bersyukurlah dan sentiasa kasih mengasihani antara satu sama lain. Pesanan ikhlas dari penaja..(^_^)
p/s: 
1. menulis entri dengan ditemani semut yang berkeliaran
2. masih lagi memerangi tentera semut pada ketika ini yang belum habis2
3. sedang berusaha mencari ubat semut yang terbaik..any suggestion?



Jan 12, 2011

(^_^)..


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Maksudnya: Wahai orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka rujuklah kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, demikian lebih baik dan sebaik-baik tindakan. (Surah al-Nisa': 59)

Ayat dia atas menjelaskan tentang kepentingan kita sebagai umat islam mentaati pemimpin. Pemimpin tertinggi bagi kita sebagai hamba adalah ALLAH. Kita hanyalah hambaNya yang lemah dan hina. Tiada yang sempurna bagi kita sekiranya masih bergelar hamba Allah dan manusia. Selepas Allah, darjat yang tertinggi diberikan adalah kepada Rasul. Jika kita taat kepada pencipta kita, maka dengan sendirinya kita juga akan mentaati Rasul. Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah hak yang mutlak. Setelah itu, umat islam wajib mentaati pemimpin2 yang setersnya. Pemimpin2 ini terdiri daripada pelbagai peringkat dan kategori mulai dari yang sekecil-kecil organisasi sehingga yang sebesar-besarnya. Contoh pemimpin terdekat yang dapat kita lihat adalah ayah sebagai ketua keluarga. Tanpa ayah, institusi keluarga akan menjadi tidak lengkap dan kucar-kacir. Contoh lain pula, anda boleh pikir sendiri kot..hehe..^_^..

Sebenarnya ayat di atas ini adalah mukadimah bagi isi sebenar yang saye nak cerita. Entri kali ni lebih berkisar mengenai pemimpin kerana pada hari esok akan diadakan pemilihan JPP bagi sesi yang baru. Jadi untuk menunjukkan semangat setia kawan dan sokongan terhadap anda semua, maka lahirlah entri pada kali ini..^_^..Bukan untuk mencari publisiti atau kontroversi tetapi ia sekadar untuk menolong rakan2 meraih undi..hoho..Tak salah kalau kita gunakan media elektronik dan kecanggihan teknologi untuk mempromosikan bakal2 pemimpin berkaliber untuk JPP IPG KPI yang baru..^_^..

Anda semua mesti nak tengok kan sape calon2 yang bakal meneraju atau merebut kerusi JPP kan??..(kalau xnk tengok pon iakan aje la yea)..haha..Antar calon2 yang bakal menggemparkan IPIS ini adalah.....

CALON2 YANG BAKAL MEREBUT KERUSI JPP ADALAH....


~TADAA~



Eh2 silap gmbr pulak..ops sori!! ni bhgn SPR pulak yang t'keluar..hehe..


CALON2  SOHIH YANG BAKAL BERTANDING ADALAH....


hafiz sahudin
Nor najibah
ilyana amani

* gambar2 calon secara khusus tidak dapat disediakan buat masa sekarang. Hanya gambar kelas yang dapat disertakan.. harap maaf... ~_*

GAMBAR KETIKA MENJALANKAN KEBAJIKAN DI RUMAH PN NORBE..^_^..
****************************************************************

KESIMPULANNYA,,


Undilah saye....cewahh~.... Semoga Berjaye  kepada semua classmate sye yg masuk b'tanding..Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Dia mengetahui apa yang kita tidak ketahui....Redhalah dengan apa jua keputusan yang bakal diterima nanti...InsyaAllah segalanya akn b'jalan lancar..KAMI SUPPORT ANDA!!!Malaysia boleh..Hoho....