Dec 30, 2010

~PROUD 2 BE MALAYSIAN~

TAHNIAH!!!

(GAMBAR DICIPLAK DARI EN GOOGLE & TELAH DI EDIT, BESAR PUNYE...WEE~~)

Sekalung ucapan tahniah saye ucapkan kepada pasukan bola sepak kebangsaan yang dah menang menentang Indonesia semalam..walaupun saye bukanlah seorang peminat tegar bola sepak, tapi saye ikot jugelah perkembangan bola sepak nie...Malaysia is the best ok!!Especially penjaga gol dye..Khairul Fahmi...fuhh....sye solute la beliau,walaupon 2 gol dah bolos tp tetap penjaga gol t'hebat abad nie..dah la muke encem, hebat lak tue, mmg cair la bdk2 pompuan nie,wpon dye dah ade awek,kami masih setia menanti..hoho..itulah antara salah satu faktor yang membuat kami xbergerak depan tv...haha...over plak kan tp serius mmg pemain2 Malaysia b'main dgn cemerlang malam tadi..xdilupakan, safee sali, yg menjaringkan gol pembuka semalam sekaligus dpt gelaran top scorer...tahniah2..walaupun Indonesia dapat jaringkan 2 gol lepas tue tapi Malaysia tetap telah ditakdirkan dengan kemenangan 4-2...hoho..tahniah buat harimau malaya..aumm...tak lupe pada jurulatihnya,K Rajagopal & juge kepada kita semua warga Malaysia...yeye..menang2..



MALAYSIA BOLEH!!!


NOTA KAKI:
~ mungkin lebih manis & elok jika suatu hari nanti pakaian sukan ini boleh menutup aurat kan??....(^_^)..

Dec 24, 2010

.:SEMALAM DALAM SEJARAH:.

Semalam mungkin merupakan hari yang bersejarah bagi sebahagian dari manusia di planet bumi nie..huhu..
23 Disember 2010 bersamaan hari khamis adalah hari keluarnya keputusan PMR..Tahniah diucapkan bagi semua yang berjaye dengan cemerlang. Namun bagi yang kurang berjaye jangan putus asa dalam hidup..teruskan berusaha kerana sesungguhnya PMR ini bukanlah penghujung segala cita2..cewah!!cakap macam ahli ahli motivasi plak..huhu..

Tahniah jugak buat my one and only adik yang tersayang, yang dapat result PMR semalam...Alhamdulillah...with flying colour la jugak wpon xdpt lawan result akak dye nie..haha (ayat angkuh)...memain jew....hoho...Oleh itu, kerana resultnye yang cemerlang, kakak saye yang tersayang tu pon belanja la dye makan pizza ngan big apple kat ecm...habislah diet2 mereka terkorban dek kerana pizza chess yang baru tue dan donut2 yang sedap tue..haha..tahniah kepada mereka dan juge saye..hehe..^_^..lepas tue g la shoping + cuci mata sket...boleh tahan jugak la sale..banyak woo~...duit pon banyak la jugak keluar woo, tapi bukan duit saye pon jadi xkesahla...hehe..setelah penat kami pon balik ke rumah yang terchenta..

Tapi,  MALANG TIDAK BERBAU..jeng2..tetibe balik umah, selepas duduk selama lebih kurang sejam dua, blackout la pulak..xtau la nape..suasana malam itu sangat gelap gelita dan sunyi sepi..sangat menakutkan..Oleh itu, ayah saye pon dengan kuasa yang ada telah mengajak kami keluar ke Giant pulak..Dan ia disokong oleh emak saye...Giant dipilih sebagai destinasi kerana ia adalah pasaraya yang ada segalanye..mungkin..kami pon b'siaplah dengan segera dalam kegelapan malam..saye pon ambek jea baju tshirt yang tergantung dalam almari dan tudung arini yang xyah gosok 2..senang & simple..yang pentibg sopan dan menutup aurat..betul x murid2?..Betul ustajah!!pandai anak2 murid ustajah semua...baguih2..(sedang membayangkan suasana dalam kelas saye nanti..hehe)..

Apabila sampai, emak, kakak dan adik diberi penghormatan untuk turun dulu...ayah saye tunggu dalam kete jea..malas nk jalan sebab tue perot pon dah makin naik..haha..sori bah..anakmu ini cuma bercanda, tiada niat untuk kuang ajar..seyes..hehe..setelah itu saye pon turun dengan penoh keyakinan dan semangat yang hilang..eh2 silap..semangat yang berkobar-kobar..

Dalam perjalanan menuju kepada angah (panggilan untuk kakak tersayang), banyak mata yang memandang ke arahku..oit!!orang nie nak ngorat ke pandang2..geram betoi la..dah la sambil pandang tue dye boleh plak sengih2 macam kerang busuk..geram betoll!!Tapi saye abaikan jew semua tue..ia mungkin hanya perasaan yang hadir seketika..biarkan...Dan saye pon menyambung perjalanan kaki saye dengang semangat yang sama sebelom tadi untuk berjalan seiringan dengan angah yang telah jauh di hadapan..dalam hati b'kata2,"angah nie jalan macam nak lumba lari,laju tol". Bile dah sampai kat angah, tetibe die  ngan adik terchenta gelak plak.."ko ni ngape gelak2 nie? ",aku menyoalnye serius seperti polis..angah pon berkata dengan suara yang b'campor dengan gelak yang masih berbaki menunjukkan jarinya kearahku...."Aku nampak badut.."hahaha.....

ASTAGFIRULLAHALAZIM......
malunye............nape la xprsan tadi..malu semalu malunya nie......
rupe2nye saye pakai pakain yang sangat cantek kombinasi kalernye..warna apekah itu..jeng3...
baju tshrt ijau labuh + tudung purple +seluar jeans biru...cantek woo...macam pelangi b'jalan jew rase..haha
patut la rase macam ramai je mata2 yang memandang...saye pon b'jalan pulang ke kereta dengan wajah yang COOL seorang diri setelah digelakkan oleh adik & kakakku...ceitt!!kuar asam betol..xtau la macam mane...malu gile...dah la ramai orang mase 2...haha..pas2 sye xkuar2 dah kete...teman pak cik Alyasak dalam kete sambil dengar lagu2 radio klasik..dan akhirnya t'tido dalam kete sebab lagu yang sangat merdu~...hoho..

Lepas tue, pagi tadi nmpk baju  ijau smlm 2.. asyik gelak je keje....haha...xmampu untuk ditanggung gelak ini...naseb baek xjumpe dengan orang yang knal klo x buat malu jew...hoho..btw, seronok gak kadang2 klo pkai bju pkaian mcm 2...rase diri nie glamor..rasa selalu diperhatikan..perasan betol la minah nie kan..hehe..

Kesimpulannya, pakaian seseorang tue penting jugak sebab kebiasaannya seseorang itu akan dikenali dengan penampilannya tidak kira baik ataupon buruk..kalo buruk lagi la org2 nie suke b'cakap kan??..


Dec 17, 2010

BETUL KE BERPAKAIAN ITU HAK PERIBADI??

Ertinya: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita2 mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

(SURAH AL-AHZAB, AYAT 59)

Ayat di atas telah jelas menerangkan kepada kita mengenai aurat perempuan yang sering kita perkatakan. Aurat ini bukanlah satu isu yang rumit tetapi ia menjadi rumit oleh kerana keadaan dan persekitaran yang merumitkan. *pening*...maksudnya yang ringkas adalah aurat menjadi rumit dek kerana manusia2 yang rumit itu telah merumitkan suasana...*lagi pening*..~_*..haha..xpe2 anda akan faham dengan penjelasan seterusnya...

Berbalik kepada tajuk yang tercatit di atas, BETUL KE BERPAKAIAN ITU HAK PERIBADI ?? masing2 sile jawab dlm hati je yea =).. "suke ati akulah nk pkai mcm mane pon. Badan aku hak aku.."...ayat yang sering didengar tp ia akan lebih sedap apabila seseorang itu menambah dengan "kubur lain2 jd xyah la nk nyebok jage tepi kain org yew"..

Kubur memang lain2 tp org yg b'cakap tu xsedar ke yg cara dia b'pakaian tu boleh menyebabkan kita same2 boleh diheret ke NERAKA...NAUZUBILLAH...

Di dalam islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak untuk kita semua. Sebagai seorang hamba yang hina dan hanya menumpang di muka bumi Allah nie, kita perlulah memahami dan sedar hidup ini terikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Contohnya, di sekolah, guru2 dan murid2 masing2 mempunyai hak yang tersendiri. Hak itu telah termaktub dalam buku disiplin sekolah masing2 dan ianya wajib dipatuhi...Tapi bukan semua orang patuh pon kan??sebab tulah banyak masalah disiplin berlaku kat sekolah..itu baru undang2 yang digubal oleh manusia..macam mane pulak dengan undang2 yang ALLAH gubal ?? 

Kita sering bercakap tentang hak kita sebagai tuan punye badan tp pernahkah kite terfikir tentang hak ALLAH SWT yg m'cipta kita??pernah??Alhamdulillah bagi mereka yang pernah..tp bagi mereka yang xpernah fikir masih belom terlambat utk kita same2 b'fikir dan bertaubat..

Terdapat beberapa hak yang telah digariskan dalam islam. HAK ALLAH adalah yang paling utama dalam hidup ini. Sama ada kita suka ataupun tidak ia perlu dan wajib untuk dipatuhi. Hak kedua yang wajib dipatuhi adalah HAK NABI MUHAMMAD SAW. Antara Hak Nabi SAW ialah berselawat ke atas baginda apabila mendengar nabi baginda disebut. Setelah itu ialah HAK PEMERINTAH YANG ADIL. Hak mereka ialah dengan mentaati mereka selagi mana tidak membawa kepada kebinasaan dan tidak bercanggah dengan agama. Hak yang terakhir ialah HAK ORANG RAMAI. Antaranya ialah hak jiran tetangga, hak rakan , saudara dll. Islam juga memberi hak tubuh badan tetapi adakah ia juga memberi hak kebebasan berpakaian walaupun tidak menutup aurat dengan sesuka hati?

Jawapannya ialah TIDAK! Islam memberi kebebasan kepada umatnya dalam berpakaian tetapi masih terikat dengan hak dan ketetapan daripada ALLAH dan RASULULLAH. Pakailah apa sahaja asalkan ia menutupi leseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Ia mungkin suatu perkara yang sukar bagi seseorang kerana ketidakbiasaan seseorang itu. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. 

Oleh itu sebagai kesimpulannya, tutuplah aurat kita kerana Allah dan ikhlaskan hati dalam melakukan ibadah.


Dec 12, 2010

BULAN DIET SERUMAH

Entri kli nie berkisar mengenai 1 event bru yg sdg b'langsung kat rumah pak cik alyasak..
Bulan diet serumah...huhu


Pada awal mggu lalu tlh dirasmikan bulan diet serumah..kempen ini diadakan sempena menyahut seruan kementerian kesihatan malaysia utk mengamalkan gaya hidup sihat...Event ini akn b'langsung selama lbh kurang sebulan sehinggalah ia berjaya m'capai matlamat yg tlh ditetapkan..
Program ini diilhamkn oleh kami adek beradek iaitu t'diri dr penyumbang utama angah, Nurul Ain Alyasak dan saya sndiri stlh m'dapati penimbang yg berada di giant itu tlh rosak akibat berat kami yg b'lebihan...haha

Program ini tlh m'dpt tajaan dan sokongan yg padu dr Puan Asmah & Encik Alyasak...ia adalah slh 1 program yang menyerupai program The Biggest Loser...selain progran diet, diselitkan juge bbrapa aktviti riadah...Diharap program ini mampu utk m'capai matlamatnya...INSYAALLAH

Oleh itu, kpd sesiape yg b'mnat, anda blhlah m'hubungi sye di talian bebas tol 1300882525 ataupun emelkan kpd program dietserumah.gov.com.my....

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
"HIDUP SIHAT DENGAN LEMAK BERKURANGAN"


SEKIAN...(^_^)...

Dec 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Alhamdulillah, dgn izin Allah kita msih lgi dipnjangkn umur dan dpt mnyambut thn bru hijrah 1432 dlm keadaan yg aman damai...
Smpena thn bru nie, smga kite sume dpt b'ubah ke arah yg lbh baik dan mnggalkan sgla prkara yg krng baik yh tlh kita lakukan..
Smga hijrah pd kali ini dpt mnjdi platform utk kte b'ubah m'jdi yg lbh baek lgi...
............................................... ..............................................
"Semalam yg tlh b'lalu jgnlah disesali..
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi..
Esok kalau ia masih bertandang berusahalah m'jdikannya yg lbh baek"

Sebanyak mana usaha yg kita taburkan, sebanyak itulah ganjaran yg akan diperoleh...
Kesimpulannya, berusahalah utk m'Jdi apa yg kita inginkan & bkn hanya dgn b'azam shja..
Smga sgla impian akan m'jadi kenyataan sprt dlm doa awal thn yg tlh kte bce..

doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

AMEEN...^_^..






Dec 2, 2010

Oh Yeah - Sentap Hati Mak Nak

assalamualaikum sume..
waktu cuti2 nie mmg boring kan??
xtau nk wat ape..
rutin yg sme je tiap2 arie..
mkn, tdo, tgk tb...
ckp psl tgk tb nie, sy rse ade 1 cite yg mnrk & lawak
sesuai utk dikongsi dgn anda sume..
cite kat astro warna yg b'tjk oh yeah!!
cite lawak yg mmg x krng gusi la ble tgk..
ia sgt sesuai utk sume lapisan masyarakat & blh diaplikasikan dlm khdpn.. ..

slmt menonton!!!^_^