Dec 17, 2010

BETUL KE BERPAKAIAN ITU HAK PERIBADI??

Ertinya: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita2 mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

(SURAH AL-AHZAB, AYAT 59)

Ayat di atas telah jelas menerangkan kepada kita mengenai aurat perempuan yang sering kita perkatakan. Aurat ini bukanlah satu isu yang rumit tetapi ia menjadi rumit oleh kerana keadaan dan persekitaran yang merumitkan. *pening*...maksudnya yang ringkas adalah aurat menjadi rumit dek kerana manusia2 yang rumit itu telah merumitkan suasana...*lagi pening*..~_*..haha..xpe2 anda akan faham dengan penjelasan seterusnya...

Berbalik kepada tajuk yang tercatit di atas, BETUL KE BERPAKAIAN ITU HAK PERIBADI ?? masing2 sile jawab dlm hati je yea =).. "suke ati akulah nk pkai mcm mane pon. Badan aku hak aku.."...ayat yang sering didengar tp ia akan lebih sedap apabila seseorang itu menambah dengan "kubur lain2 jd xyah la nk nyebok jage tepi kain org yew"..

Kubur memang lain2 tp org yg b'cakap tu xsedar ke yg cara dia b'pakaian tu boleh menyebabkan kita same2 boleh diheret ke NERAKA...NAUZUBILLAH...

Di dalam islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak untuk kita semua. Sebagai seorang hamba yang hina dan hanya menumpang di muka bumi Allah nie, kita perlulah memahami dan sedar hidup ini terikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Contohnya, di sekolah, guru2 dan murid2 masing2 mempunyai hak yang tersendiri. Hak itu telah termaktub dalam buku disiplin sekolah masing2 dan ianya wajib dipatuhi...Tapi bukan semua orang patuh pon kan??sebab tulah banyak masalah disiplin berlaku kat sekolah..itu baru undang2 yang digubal oleh manusia..macam mane pulak dengan undang2 yang ALLAH gubal ?? 

Kita sering bercakap tentang hak kita sebagai tuan punye badan tp pernahkah kite terfikir tentang hak ALLAH SWT yg m'cipta kita??pernah??Alhamdulillah bagi mereka yang pernah..tp bagi mereka yang xpernah fikir masih belom terlambat utk kita same2 b'fikir dan bertaubat..

Terdapat beberapa hak yang telah digariskan dalam islam. HAK ALLAH adalah yang paling utama dalam hidup ini. Sama ada kita suka ataupun tidak ia perlu dan wajib untuk dipatuhi. Hak kedua yang wajib dipatuhi adalah HAK NABI MUHAMMAD SAW. Antara Hak Nabi SAW ialah berselawat ke atas baginda apabila mendengar nabi baginda disebut. Setelah itu ialah HAK PEMERINTAH YANG ADIL. Hak mereka ialah dengan mentaati mereka selagi mana tidak membawa kepada kebinasaan dan tidak bercanggah dengan agama. Hak yang terakhir ialah HAK ORANG RAMAI. Antaranya ialah hak jiran tetangga, hak rakan , saudara dll. Islam juga memberi hak tubuh badan tetapi adakah ia juga memberi hak kebebasan berpakaian walaupun tidak menutup aurat dengan sesuka hati?

Jawapannya ialah TIDAK! Islam memberi kebebasan kepada umatnya dalam berpakaian tetapi masih terikat dengan hak dan ketetapan daripada ALLAH dan RASULULLAH. Pakailah apa sahaja asalkan ia menutupi leseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Ia mungkin suatu perkara yang sukar bagi seseorang kerana ketidakbiasaan seseorang itu. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. 

Oleh itu sebagai kesimpulannya, tutuplah aurat kita kerana Allah dan ikhlaskan hati dalam melakukan ibadah.


No comments:

Post a Comment