Oct 5, 2010

tiAda yAng KekAl SeLAin Nya

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih dipinjamkan oleh Allah s.w.t sesuatu yg b'harga iaitu kehidupan...selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan kaum keluarga serta sahabat baginda.
setelah sekian lama tak menulis hari nie rase t'detik hati pulak utk m'coretkan sesuatu dlm blog yg tlh lame ditinggalkan nie...
DARI DIA KITA DATANG KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI..itulah suatu hakikat hidup yang pasti akan dilalui oleh semua orang tanpa mengira umur, bangsa, agama mahupun keturunan. Sesungguhnya Allah telah memberi pinjam kepada kita nikmat hidup ini supaya kita beribadat kepadanya dan apabila saatnya telah tiba, kita harus memulangkan kembali apa yang telah kita pinjam drpdNya..
Semalam bersamaan dengan 4 Oktober 2010, seorang sahabat kita, Thaqifah dari PPISMP 3.07, telah kembali ke rahmatullah...beliau meninggal disebabkan penyakit leukimia yang dihidapinya..semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh dan b'iman...Al-Fatihah...
Sebagai umat islam kita seharusnya mengambil pengajaran dari apa yang terjadi.Sesungguhnya sahabat kita sangat beruntung kerana meninggal dlm keadaan dirinya yang islam dan sempat m'ucap..Pernahkah kita t'fikir bgaimana kita apabila saatnya akan tiba nanti? Adakah sempat dan masih ada ruang utk kita b'taubat sblm ajal m'jmpt...Renung-renungkanlah...kita hidup di dunia ini hanya sementara dan ingatlah hanya akhirat yang kekal abadi.Semoga Allah mengampun segala dosa yang telah dilakukan oleh kita semua...bertaubatlah kita sebelum terlambat...sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang memohon keampunan.....
wallahu 'alam...

No comments:

Post a Comment